Sunday, June 22, 2008

Aturan Perkahwinan


Undang-undang Keluarga Islam (Pendekatan Semasa)

Perbincangan tentang tajuk di atas akan dipecahkan kepada dua bahagian besar, iaitu pertamanya tentang aturan-aturan vang berkaitan dengan perkahwinan secara keseluruhan dan keduanya tentang beberapa isu semasa perkahwinan yang berlaku di dalam masyamkat Islam sekarang ini, khususnya di dalam masyarakat Islam Malaysia.

Bahagian pertama pula, akan saya pecahkan kepada tiga peringkat kecil, iaitu peringkat sebelum berlangsungnya perkahwinan, peringkat semasa di dalam perkahwinan dan peringkat sesudah berlaku perpisahan di antara pasangan suami isteri. Di dalam ketiga-tiga peringkat tersebut penumpuan akan diberikan kepada aturan-aturan, syarat-syarat serta hak dan tanggungjawab dua insan sebagai implikasi kepada berlangsungnya perkahwinan atau berkecainya sesebuah rumahtangga. Adalah diharapkan dengan pembahagian yang sebegini, satu pendekatan yang menyeluruh tentang Aturan Perkahwinan dapat dihasilkan.

Dr. Haji Mat Saad bin Abdul Rahman
Mantan Fellow Kanan
Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Spesifikasi Buku:
Saiz: 13.5 x 21.5cm
Bil Halaman: xx + 290
No ISBN: 983-2417-33-3
Harga: RM15.00


No comments: