Tuesday, June 10, 2008

Tazkirah Untuk Orang Mengaji



Karya Sonhadji:
Tazkirah Untuk Orang Mengaji


Kata Pengantar

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا المختارمحمد المصطفى صلوات الله وسلامه عليه وعلى آله واصحابه والتابع وتابع التابعين لهم باحسان الى يوم الدين .

Kami ingin menzahirkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT yang telah mengizinkan usaha ini berakhir dengan kebaikan. Tanpa izinNya sudah tentu usaha ini sekalipun murni akan menemui jalan buntu. Kami telah mengambil masa yang agak lama dalam usaha menyiapkan bahan ini. Usaha-usaha pengumpulan manuskrip telah bermula sejak tahun 1997. Pada waktu tersebut salah seorang daripada kami mendapati bahan yang begitu bernilai telah tidak dimenafaatkan dengan sebaiknya. Lantaran itu kami berpandangan ada baiknya bahan-bahan tersebut dihimpun dan dibukukan.

Apabila niat untuk membuat kompilasi timbul,kami telah menemuramah Ustaz Ahmad Sonhadji. Hasilnya sungguh mengejutkan kerana rupanya tulisan beliau telah bermula sejak tahun 1970. Sejauh yang dimaklumkan kepada kami hasil tangan beliau itu tidak pernah diusik oleh sesiapa pun sehingga kini.

Menyedari hakikat bahawa tulisan para ulamak merupakan minda keimanan, maka kami menyahut cabaran bagi menerbitkan khazanah yang begini berharga untuk tatapan para pembaca.

Artikel ini asalnya merupakan Khutbah-khutbah Jumaat, tetapi kami telah mengubahsuaikannya menjadi bahan bacaan biasa yang tidak terikat dengan format sebuah Khutbah Jumaat. Adalah diharapkan ia akan menjadi sebagai Tazkirah Iman. Sempena hasrat tersebut kami namakannya sebagai Tazkirah Orang Mengaji Karya Sonhadji.

Kompilasi ini juga telah melibatkan kerja-kerja penyuntingan. Antara yang terlibat adalah suntingan hadith-hadith yang terdapat dalam siri-siri khutbah tersebut. Kami telah memasukkan hadith-hadith Nabi pada tempat yang disebut secara makna oleh Ustaz Ahmad Sonhadji. Di samping itu, kami juga memberi rujukan terhadap hadith tersebut setakat yang ditemui. Perkara kedua, kami telah memasukkan ayat-ayat al-Quran pada tempat yang disebut secara mafhum oleh Ustaz Ahmad Sonhadji. Ia dilakukan dengan menyebut bilangan ayat dan nama surah. Ketiga, pengubahsuaian pada ayat-ayat yang berulang. Khutbah adalah merupakan salah satu dari media pengucapan awam. Dalam pengucapan awam, perulangan ayat merupakan suatu perkara yang biasa apabila seseorang pengucap mahu membuat penegasan terhadap bahan penyampaiannya. Apabila khutbah ini ditukar kepada bentuk karangan, kami melihat perulangan ayat telah tidak sesuai berlaku.

Keempat, menyatukan bahan-bahan yang berulang. Oleh kerana khutbah ini ditulis dalam tempoh melebihi 10 tahun, terdapat bahan perbincangan yang bertindih dari segi tajuk ataupun isi. Bagi menangani hal ini kami cuba sepadukan antara dua khutbah agar menjadi satu tanpa mencacatkan mesej yang mahu disampaikan dalam khutbah tersebut.

Demikian metod interaksi kami terhadap isi khutbah dan semoga ia dapat dimenafaatkan dengan sebaiknya.

Boleh dikatakan bahawa apa yang terdapat dalam buku ini merupakan sebahagian dari tulisan tangan yang dapat kami temui. Berkemungkinan terdapat banyak lagi bahan berupa tulisan tangan Ustaz Ahmad Sonhadji yang tidak sempat kami temui. Ini sudah tentu membuka ruang kepada individu selepas kami untuk meneruskan perjalanan ini.

Idea Ustaz Ahmad Sonhadji yang disampaikan melalui khutbahnya didapati terikat kepada aliran pemikiran ahli tafsir. Perbincangan-perbincangan yang lebih mirip kepada pendekatan tafsiran ayat-ayat al-Qur'an telah menjadi warna kepada idea beliau berbanding aspek hukum. Bahan-bahan berupa tazkirah hari jumaat ini lebih terikat kepada bahan-bahan pentafsiran al-Quran yang turut disulami dengan Hadith-hadith Rasulullah (s.a.w). Ini bukan suatu perkara yang menghairankan kerana beliau juga adalah ulamak yang telah menghasilkan kompilasi Tafsir al-Quran yang lengkap dengan diberi nama A'br al-Athir. Buku tafsir ini adalah sebuah ulasan lengkap kepada ayat-ayat al-Quran. Ia adalah sebuah ulasan tafsir yang bersifat sederhana dan sesuai dibaca oleh masyarakat awam.

Dalam usaha menyiapkan bahan ini terdapat beberapa kesulitan yang ditempuh termasuk faktor masa dan kewangan. Oleh kerana kami terikat dengan tugasan-tugasan pengajaran, pentadbiran dan konsultasi pelajar, sedikit sebanyak menjadikan usaha kompilasi ini kehilangan tumpuan dan memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Sekalipun kami menghadapi masalah kewangan pada peringkat awal usaha ini dilakukan, namun pada akhirnya masalah ini berjaya diatasi apabila terdapat seorang individu dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan dengan membiayai kos pengangkutan bagi pengumpulan bahan dan temuramah dengan Ustaz Ahmad Sonhadji. Beliau juga telah menaja sebahagian urusan penerbitan buku ini. Kami berterima kasih kepada beliau dan mendoakan kemurahan rezki buatnya seisi keluarga.

Dalam kesempatan ini kami berhasrat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan tenaga bagi menyalin kembali manuskrip ini ke dalam bahasa Melayu. Mereka ialah Rafiah Hussin, Tuan Suhailawani Tuan Ismail, Wan Azhana Wan Salleh, Asmaniza Mamat, Azalina Abd Halim, Azalini Abd Halim, Wan Idaruyani Wan Musa, Rosmalaili Abd Rahman, Juwairiah Mamat, Che Fasihah Che Man, Norhanani Ismail dan Rohaida Abd Rahim. Sumbangan mereka akan dikira sebagai pemberat timbangan amalan kebajikan mereka. Buat mereka semua diucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah memberkati hidup mereka.

Untuk akhirnya, kami juga ingin melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Sonhadji yang telah memberi izin kepada kami menyelongkar bilik bacaan beliau dan seterusnya memberi izin kepada kami menerbitkan hasil tangannya untuk bacaan kita semua. Kepada seluruh ahli keluarga beliau juga dihulurkan ucapan yang serupa. Semoga mereka semua diberkati.

Kepada para pembaca sekalian kami ucapkan selamat membaca. Sebarang sumbang saran amatlah dialukan dan kami menerima segala kekurangan dengan hati yang terbuka.

Sekian, terima kasih,Wassalam.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff
Noor Naemah Abdul Rahman
Mohd Asmadi Yakob
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya



ISI KANDUNGAN

1. Allah S.W.T. Tidak Menjadikan Manusia Dengan Sia-Sia
2. Allah Pencipta Sebenar Langit Dan Bumi
3. Allah S.W.T. Tidak Mengampunkan Dosa Orang Yang Mempersekutukannya
4. Al-Quran Menjadi Penyembuh Rohani Dan Jasmani
5. Apa Yang Di Sisi Allah Lebih Baik Dan Lebih Kekal
6. Bagaimana Tuhan Menghidupkan Orang Mati
7. Baik Sangka Terhadap Allah S.W.T.
8. Balasan Orang Yang Memerangi Allah Dan Rasulnya
9. Banyak Perkara Kerosakan
10. Bekerja Mencari Mata Pencarian
11. Berbelanja Dengan Berjimat
12. Berlindunglah Daripada Tipu Daya Syaitan
13. Bermohon Kepada Allah Dengan Merendah Diri
14. Perniagaan Untuk Akhirat Tidak Merugikan
15. Bersatu-Padulah Kamu Jangan Bercerai-Berai
16. Bukti-Bukti Bagi Kaum Yang Berakal
17. Doa Nabi Ibrahim
18. Dosa-Dosa Yang Terbit Dari Anggota Manusia
19. Dunia Dan Akhirat
20. Firaun Dan Qarun Lambang Orang Yang Takbur
21. Gudang Perbendaharan Allah Penuh Dengan Bahan Berharga
22. Gunanya Taqwa Kepada Allah
23. Harapan Bagi Setiap Muslim
24. Hati Yang Bersemangat Keras Seperti Waja
25. Hidup Beristiqamah
26. Hidup Berjiran
27. Hukum Potong Tangan Bagi Pencuri
28. Iman Yang Sejati
29. Islam Agama Yang Cintakan Kebebasan
30. Isra` Dan Mi‘Raj Merupakan Ujian
31. Jaminan Kebaikan Akhlak Di Dalam Islam
32. Jangan Iri Hati
33. Jangan Takjub Kepada Tutur Kata Orang Munafik
34. Janganlah Menjadi Orang Yang Memecah Belahkan Agamanya.
35. Jauhkan Diri Dari Perbuatan Orang-Orang Munafik
36. Jauhkan Diri Dari Perbuatan Orang-Orang Fasik
37. Jin Dan Manusia Semuanya Akan Disoal
38. Keadaan Manusia Yang Ditimpa Kesusahan
39. Kebaikan Berjimat Cermat Dan Keburukan Orang Yang Boros
40. Kebajikan Di Dunia Dan Akhirat
41. Kecintaan Dan Ikhlas Kepada Allah S.W.T.
42. Kedudukan / Martabat Lelaki Dan Perempuan Adalah Sama
43. Kekalkanlah Amalan Sembahyang
44. Kelebihan Agama Bukan Dengan Angan-Angan
45. Kelebihan Malam Lailatul Qadar
46. Kemanisan Iman
47. Kerosakan Aqidah Menyebabkan Berbagai-Bagai Bencana
48. Keteguhan Rumahtangga
49. Kewajipan Sembahyang Fardhu
50. Kisah Korban Dan Pembunuhan Qabil Terhadap Habil
51. Larangan Berkahwin Dengan Orang-Orang Musyrikin
52. Larangan Bersekedudukan
53. Larangan Mempercayai Sempena Buruk (التشاؤم)
54. Larangan Mempercayai Tukang Tilik Dan Ahli Nujum
55. Makanlah Dari Jenis Yang Baik
56. Manusia : Antara Malaikat Dengan Haiwan
57. Manusia Berasal Dari Satu Umat
58. Martabat Yang Dicapai Oleh Seorang Muslim
59. Memakmurkan Masjid Allah
60. Memakmurkan Muka Bumi
61. Memberi Salam
62. Menjaga Amanah
63. Menjaga Lidah Dan Kelebihan Diam
64. Meminta Izin Ketika Keluar Dari Majlis
65. Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad S.‘A.W.
66. Menganut Semulia-Mulia Agama
67. Menghadapi Saat Kesusahan
68. Menunaikan Zakat Fitrah
69. Menyambut Tahun Baru Hijrah
70. Menunaikan Amanah Dan Menghukum Dengan Adil
71. Nabi Isa A.S Bukanlah Tuhan
72. Nabi Isa A.S Tidak Dibunuh
73. Nabi S.‘A.W. Berbakti Hingga Saat Terakhir
74. Orang-Orang Yang Layak Mendapat Rahmat
75. Pakaian Taqwa Itulah Yang Lebih Baik
76. Panduan Yang Menjadi Pegangan Hidup
77. Pembahagian Allah S.W.T. Yang Berlainan
78. Pencegahan Dan Penyembuhan Mengikut Al-Quran
79. Pendidikan Anak-Anak
80. Pengajaran Kepada Suami Terhadap Isteri Yang Nusyuz
81. Pengembaraan Yang Membawa Kemajuan
82. Penyakit Sosial, Moral Dan Mental
83. Perbandingan Antara Wanita Soleh Dan Ingkar
84. Perhatikanlah Isi Al-Quran
85. Peringatan Nuzul Al-Quran
86. Perintah Mengerjakan Puasa
87. Pertemuan Dua Hari Raya
88. Petunjuk Bagi Seorang Muslim
89. Puasa Menghilangkan Bencana Syahwat Perut
90. Rasulullah Memberi Tunjuk Ajar
91. Seksa Atas Umat Yang Tidak Menerima Seruan
92. Semangat Ingin Berbakti
93. Sembahyang Jamaah Dan Jumaat.
94. Setiap Manusia Mempunyai Pengiring
95. Siapa Yang Dikehendaki Allah S.W.T. Supaya Terpimpin
96. Siapakah Orang Yang Beriman Itu
97. Syiar Agama Hendaklah Dijaga
98. Taatkan Allah S.W.T., Rasul Dan Ketua-Ketua Kaum Muslimin
99. Talaq Itu Hanya Dua Kali
100. Tanda Keimanan, Bersyukur Dan Bersabar
101. Tiada Seorang Pun Berenggang Dengan Siksa
102. Tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T.
103. Tidak Ada Yang Lebih Baik Daripada Celupan Allah S.W.T.
104. Tuhan Memperkenankan Permintaan Orang Yang Berdoa
105. Umur Yang Paling Buruk
106. Utamakan Mendengar Ayat-Ayat Suci


No comments: