Tuesday, June 10, 2008


DALAM DAKAPAN MAKKAH DAN MADINAH
(SEBUAH CAATAN PERJALAN)
OLEH:
ABD SHUKUR HARUN

Makkah dan Madinah, dua kota besar yang dikunjungi ini sangat mengesankan, bukan kerana pembangunannya yang rancak, tetapi justeru ia sungguh agung dan istimewa dalam hubungannya dengan perjuangan umat Islam.
Dua kota ini mempunyai sejarah yang panjang dengan pelbagai peristiwa kemanusiaan. Ia adalah monumen sejarah peradaban manusia dari Adam a.s. hingga ke Muhammad s.a.w. Ka’abah di dalamnya adalah simbol perubahan penyembahan manusia dari menyembah berhala kepada menyembah Allah SWT. Makkah sendiri menyimpan nama-nama besar para pejuang agama Tauhid zaman berzaman, dari Ibrahim a.s. membawa kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Madinah dan Masjid Nabawinya penuh dengan keistimewaan dan kekudusannya Ia adalah kota Nabi s.a.w. yang dibina dari keringat dan air mata junjungan. Ia adalah monumen ketakwaan, pengorbanan serta ketahanan jiwa generasi pertama Islam pimpinan Nabi s.a.w.
Semua ciri-ciri inilah, secara sentimental dan penuh pengertian, mendorong saya merakamkan catatan perjalanan di kedua kota suci harum semerbak ini. Ia bukan buku mengenai panduan haji dan umrah, bukan catatan pengembaraan biasa, tidak juga sebuah tulisan ilmiah. Namun, ia hanya sebuah catatan sederhana untuk merakamkan cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. yang kerananya Islam tertegak hingga kini. Di dalam buku kecil ini terungkap pandangan, tafsiran dan emosi penulis ketika berada dalam dakapan dua kota istimewa ini.

Spesifikasi Buku:Bil Muka Surat: ix + 94
Saiz: 14 x 21cm
ISBN: 978-983-2417-36-1
Harga: RM 9.00


No comments: