Sunday, June 22, 2008

Hadith 40: Terjemahan dan Intipati


Hadith 40: Terjemahan dan Intipati

Pendahuluan

Segala puji tertentu bagi Allah yang sentiasa kita memujiNya. Kita memohon pertolongan, hidayat dan keampunan daripadaNya. Kita memohon perlindungan dengan Allah daripada keburukan diri kita dan kejahatan perbuatan kita. Sesungguhnya sesiapa yang diberi hidayat, maka dialah yang mendapat petunjuk. Sesiapa yang sesat, maka tiada siapa yang dapat memimpin dan membimbingnya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dialah yang satu dan tiada sekutu bagiNya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

Dalam menjalani kehidupan dunia menuju akhirat, Allah SWT tidak membiarkan hambaNya terumbang-ambing mencari pedoman. Selain al-Quran, hadith Rasulullah s.‘a.w menjadi panduan yang membimbing manusia kepada kesejahteraan hidup.

Sepertimana yang diketahui umum bahawa 40 koleksi hadith yang diusahakan oleh Imam al-Nawawi mengandungi ciri-ciri keistimewaannya tersendiri, iaitu:

- Merangkumi semua perkara penting yang diperlukan oleh setiap muslim dalam urusan dunia dan akhirat seperti aqidah, hukum-hakam, muamalat dan akhlak.
Ia merupakan himpunan kata-kata yang padat dan menyeluruh, di samping mengandungi hikmah yang unggul. Ciri-ciri inilah yang menjadi kelebihan Nabi Muhammad s.‘.a.w.
- Himpunan hadith-hadith tersebut adalah perkara induk yang menjadi landasan Islam, sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya.
- Hadith-hadith tersebut telah masyhur dan ramai orang telah menghafaznya. Allah SWT telah memberikan manfaat dengan keberkatan niat dan tujuan baik usaha penghimpunnya. Ramai ulama telah membuat keterangan dan huraian mengenainya, sama ada secara lisan atau penulisan.

Dalam usaha untuk menyemarakkan sebaran ilmu yang bermanfaat, risalah kecil ini merupakan sebahagian daripada koleksi rumusan penting yang dipetik dari Hadith 40. Rujukan utama risalah ini ialah Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah, karya Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Luhaimid, Idhoh al-Ma‘ani al-Khafiyyah fi al-Arba‘in al-Nawawiyyah karya Muhammad Tatai, al-Wafi fi al-Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyah karya Dr. Mustafa al-Bugha, dan Hadith 40: Terjemahan dan Syarahan, Syeikh Mustafa Abdul Rahman.

Adalah diharapkan semoga buku ini dapat membantu menjadi rujukan dan teman di saat diperlukan.



Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
Universiti al-Azhar al-Syarif
http://jailurrashied.blogspot.com

Khairia Haji Ismail
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
Universiti Teknologi MARA


Spesifikasi Buku:
Saiz: 16.5X11.5cm
Bil Halaman: xvi+167
No ISBN: 978-983-2417-50-7
Harga: 7.90

Siri Penerangan Perlaksanaan Undang-Undang Islam

1) ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penulis: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

2) PEMBALASAN KESALAHAN JENAYAH DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Oleh:
Dr. Mat Saad Abdul Rahman

3) MURTAD: KEDUDUKANNYA DI SISI ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penyunting:
Farid Sufian Shuaib
Penulis:
Shamrahayu Abdul Aziz
Mohd Hisham Mohd Kamal
Abdul Aziz Bari
Farid Sufian Shuaib

4) Syariah Islam: Ciri-Ciri dan Keunggulan
Oleh: Abdul Naseh Ulwan
Terjemahan: Dr Karim Ali, Samsudin Selamat

5) Islam dan Politik Kenegaraan
Oleh: Dr. Abdul Karim Zaidan
Terjemahan: Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin

Lebih Lanjut:
http://perundanganislam.blogspot.com/

Pelbagai Doa

http://risalahmunajat.blogspot.com/


Doa-doa:-
Wirid-wirid dan doa-doa di dalam buku ini merupakan kumpulan doa yang dipetik dari al-Quran dan al-Sunnah. Bacaannya wajar diulangi pada setiap pagi dan petang. Wirid Harian tidak semestinya dibaca mengikut hari-hari yang dicadangkan tetapi dengan mengikuti wirid-wirid yang telah dicadangkan pada hari-hari tertentu, pembaca akan mendisiplinkan diri untuk membaca di samping menghayati semua doa yang meliputi segala keadaan dalam tempoh seminggu.


Munajat..
Kemesraan dan kenikmatan jiwa saat melakukan Qiamullail dan munajat dapat melupakan kepenatan, keletihan, kelesuan dan kerunsingan. Tiada satu waktu di dunia yang menyamai kenikmatan akhirat kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajjud yang merasakan kelazatan munajat. Marilah kita berusaha menikmati kelazatan tersebut ….

Lebih lanjut:-
http://risalahmunajat.blogspot.com/

Aturan Perkahwinan


Undang-undang Keluarga Islam (Pendekatan Semasa)

Perbincangan tentang tajuk di atas akan dipecahkan kepada dua bahagian besar, iaitu pertamanya tentang aturan-aturan vang berkaitan dengan perkahwinan secara keseluruhan dan keduanya tentang beberapa isu semasa perkahwinan yang berlaku di dalam masyamkat Islam sekarang ini, khususnya di dalam masyarakat Islam Malaysia.

Bahagian pertama pula, akan saya pecahkan kepada tiga peringkat kecil, iaitu peringkat sebelum berlangsungnya perkahwinan, peringkat semasa di dalam perkahwinan dan peringkat sesudah berlaku perpisahan di antara pasangan suami isteri. Di dalam ketiga-tiga peringkat tersebut penumpuan akan diberikan kepada aturan-aturan, syarat-syarat serta hak dan tanggungjawab dua insan sebagai implikasi kepada berlangsungnya perkahwinan atau berkecainya sesebuah rumahtangga. Adalah diharapkan dengan pembahagian yang sebegini, satu pendekatan yang menyeluruh tentang Aturan Perkahwinan dapat dihasilkan.

Dr. Haji Mat Saad bin Abdul Rahman
Mantan Fellow Kanan
Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Spesifikasi Buku:
Saiz: 13.5 x 21.5cm
Bil Halaman: xx + 290
No ISBN: 983-2417-33-3
Harga: RM15.00


Hukum Islam dan Budaya Tempatan





Kata-kata Aluan Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Kata-kata Aluan Ketua Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

BAB 1: KONSEP
Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum dan Budaya Dalam Syariat Islam
- Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid

BAB 2: ISLAM DAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
Kebudayaan Melayu dan Islam di Nusantara: Suatu Analisis Pengkaedahan
- Rahimin Affandi Abdul Rahim
Islam dan Kebudayaan di Malaysia Hari Ini dan Masa Hadapan
- Idris Awang
Islam dan Budaya Tempatan: Satu Penilaian
- Ratna Roshida Abdul Razak & Noor Shakirah Mat Akhir

BAB 3: HUKUM ISLAM DAN BUDAYA TEMPATAN DI MALAYSIA
Transisi Sosial Dalam Amalan Budaya Hidup Tempatan Dari Perspektif Hukum dan Psikologikal
- Najib Ahmad Marzuki, Shukri Ahmad & Kamarudin Ahmad
Beberapa Aspek ‘Urf Fasid Dalam Budaya Melayu dan Kesannya Terhadap Hukum
- Abdullah Yusof
Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi: Pengalaman Alam Melayu
- Siddiq Fadzil

BAB 4: PENGARUH BUDAYA DALAM HUKUM AMAL IBADAT
Nilai-nilai Adat dan Budaya Dalam Amal Ibadat Masyarakat Melayu
- Anisah Ab. Ghani & Saadan Man
Pemberian dan Penerimaan Wang Saguhati/Upah Dalam Perlaksanaan Ibadah di Kalangan Masyarakat Melayu: Satu Penelitian
- Rushdi Ramli & Luqman Hj. Abdullah
Hubungan Budaya dan Hukum: Tumpuan Khusus Terhadap Perubahan Amalan Pertanian Padi di Kedah dan Kesannya Kepada Ibadat Zakat Padi
- Mohd Liki bin Hamid

BAB 5: PENGARUH BUDAYA DALAM HUKUM SENI DAN HIBURAN
Hiburan Dalam Masyarakat Melayu-Islam di Malaysia: Satu Pengamatan Perkaitan Antara Budaya dan Hukum
- Abdul Karim Ali, Mohamad Zaidi Abdul Rahman & Abdul Samad Abdoll Aziz
Perkembangan Baru Seni Muzik di Malaysia dan Hubungannya Dengan Hukum Islam
- Ishak Hj. Sulaiman

BAB 6: PENGARUH BUDAYA DALAM HUKUM MUAMALAT
Pengaruh Budaya Melayu Dalam Hukum Kontrak Muamalat di Malaysia
- Shamsiah Mohamad & Mohd Nor Daud
Budaya Muamalat Setempat Sebagai Asas Pertimbangan Produk-produk Muamalat Islam di Malaysia
- Joni Tamkin bin Borhan
Pengaruh Al-‘Urf di Dalam Pensyariatan Harta Intelektual Menurut Perundangan Islam
- Arieff Salleh bin Rosman

BAB 7: PENGARUH BUDAYA DALAM HUKUM KEKELUARGAAN DAN PERHUBUNGAN SOSIAL
Pengaruh Budaya Dalam Penentuan Kadar Mahar
- Raihanah Hj Azahari
Pengaruh Budaya Salahlaku Dalam Hal-hal Kejiranan dan Hubungannya Dalam Menentukan Hukum
- Abdul Basir Bin Mohamad
Pengaruh Budaya Tempatan Terhadap Penentuan Hukum
Menziarahi Rumah Terbuka Perayaan Agama Bukan Islam di Malaysia
- dzwan bin Ahmad

BAB 8: PENGARUH BUDAYA DALAM HUKUM KAWALAN SOSIAL
Nilai-nilai Budaya Tempatan Sebagai Asas Pembinaan Siayasah Syar‘iyyah
- Shukeri Mohamad
Pengambilkiraan ‘Urf Dalam Menentukan Hukum Jenayah Dalam Fiqh Klasik dan Pendekatannya Dalam Fiqh Semasa
- Paizah Hj Ismail
Budaya Tempatan dan Hukum: Satu Kajian Terhadap Institusi Hisbah
- Ahmad Che Yaacob
Pengaruh Adat Tempatan Dalam Menentukan Fatwa di Malaysia
- Mohamed Azam Mohamed Adil

BAB 9: PENGARUH BUDAYA DALAM NILAI DIRI DAN ETIKA
Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Menentukan Kredibiliti Qadi atau Hakim
- Md. Saleh bin Haji Md. @ Haji Ahmad
Budaya dan Etika di Kalangan Ahli Tasauf dan Pengaruhnya Terhadap Ketentuan Hukum dan Etika Kerja Tempatan: Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum
- Che Zarrina Sa’ari & Wan Suhaimi Wan Abdullah
Budaya dan Etika Kerja Tempatan: Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum
- Sharifah Hayaati Syed Ismail

Spesifikasi Buku:
Saiz: 15 x 22.5cm
Bil Halaman: x + 544
No ISBN: 983-99273-8-8
Harga: RM50.00

Pengajian Sunnah


BAB 1 : KONSEP AL-SUNNAH

Pendahuluan
Definisi al-Sunnah
Sunnah Sebagai Sumber Hukum
Golongan Yang Anti Sunnah
Al-Sunnah dan Hubungannya Dengan Ketentuan Hukum
Penutup

BAB 2 : KEDUDUKAN AL-SUNNAH PADA ZAMAN NABI S.‘A.W, SAHABAT DAN TABI‘IN

Metodologi Pengajaran Rasulullah s.‘a.w
1. Pengajaran Secara Beransur-ansur
2. Lokasi-lokasi Pengajaran Strategi
3. Contoh Tauladan dan Pergaulan
4. Kepelbagaian dan Perubahan Topik Dari Masa Ke Semasa
5. Perlaksanaan Secara Amali
6. Mengambil Kira Tahap Mentaliti Yang Berbeza

Cara Para Sahabat Menerima al-Sunnah Daripada Rasulullah
1. Majlis-majlis Ilmu Rasulullah s.‘a.w
2. Peristiwa-peristiwa Yang Dialami Oleh Rasulullah s.‘a.w Sendiri
3. Peristiwa-peristiwa Yang Berlaku Terhadap Orang-orang Islam
4. Perbuatan-perbuatan Rasulullah s.‘a.w Yang Disaksikan Oleh Para Sahabat

Penyebaran al-Sunnah Pada Zaman Rasulullah
Wasiat Rasul
Penghayatan Sahabat dan Tabi‘in Terhadap al-Sunnah
Aktiviti dan Sumbangan Sahabat dan Tabi‘in
Penyebaran al-Sunnah Pada Zaman Sahabat dan al-Tabi‘in
Penyelidikan dan Ekspedisi Ilmiah

BAB 3: PENULISAN AL-SUNNAH DAN KARYA (METO-DOLOGI PENGUMPULAN AL-SUNNAH)
Sejarah Penulisan
Sikap Para Sahabat dan Tabi‘in Di Dalam Penulisan
Inisiatif Pemerintah Di Dalam Penulisan Sunnah
Tokoh-tokoh Awal dan Bentuk-bentuk Penulisan Sunnah

BAB 4: SEJARAH RINGKAS DUA BELAS TOKOH AGUNG

BAB 5: METODE-METODE KAWALAN KEASLIAN (ORIGINALITI) AL-SUNNAH
Ilmu-ilmu Hadith
Peristilahan dan Pembahagian Hadith
Bibliografi


Spesifikasi Buku:
Saiz: 14 x 21.5cm
Bil: Halaman: vi + 115
No ISBN: 978-983-2417-49-1
Harga: RM12.50

Ensiklopedia Fuqaha


Adalah suatu kenyataan yang jelas bahawa usaha untuk membangunkan semula tamadun sesuatu ummah, sebenarnya tidak akan terlepas dari sejarah kesarjanaan ummah itu sendiri secara global.

Dalam konteks ini, mengenali para ilmuan dan kesarjanaan mereka dalam pelbagai bidang ilmu secara lebih dekat adalah aset utama dalam kerangka pembangunan tersebut. Mereka adalah insan-insan yang bekerja keras demi kerana Allah, agama dan perjuangan RasulNya tanpa banyak pergantungan kepada kepentingan keduniaan. Keikhlasan dan kegigihan mereka adalah sesuatu yang terserlah, malah dapat diperhatikan pada komitmen mereka terhadap pengembangan agama Allah Subhanahu Wata‘ala, menepati dengan tanggungjawab mereka sebagai pewaris para anbiya’.

Justeru itu, penulisan buku Ensiklopedia Fuqaha’ yang penulis hasilkan ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk merekodkan peranan dan sumbangan para ulama dan fuqaha yang dikategorikan sebagai pemikir, pemimpin dan model kepada ummah. Dalam penulisan ini penumpuan khusus diberikan kepada fuqaha’ Mazhab Shafi‘i, sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu daripada aliran Mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah yang menjadi ikutan penduduk rantau ini sejak dahulu lagi.

Selain daripada itu, pengalaman saya sebagai tenaga akademik yang mengendalikan kuliah dalam kursus pembacaan Teks Fiqh pada peringkat Ijazah Sarjana Muda mendapati sebahagian besar pelajar tidak mengenali tokoh-tokoh fiqh dan para perawi Hadis terkemuka, di mana nama-nama mereka disebut di dalam Kitab-kitab Fiqh yang muktabar di dalam Mazhab Shafi‘i, seperti kitab al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab tulisan Imam al-Nawawi (w. 676 H.), kitab al-Iqna‘ tulisan al-Khatib al-Sharbini (w. 977 H.) dan Tufhat al-Habib ‘Ala Sharh al-Khatib oleh al-Bujairimi (w. 1221 H.). Penerbitan buku ini akan membuka jalan mudah kepada para pelajar berkenaan mengenali tokoh-tokoh tersebut secara lebih mendalam, di samping mengenali hasil penulisan mereka.

Sebagai pendahuluannya, saya mulakan dengan pengenalan kepada sebilangan fuqaha’ dari kalangan sahabat, tabi‘in dan atba’ tabi‘in sehingga ke saat kelahiran Imam al-Shafi‘i kerana wadah fiqh atau perundangan itu adalah sesuatu yang bsesuatu yang bermula sejak zaman Baginda Rasulullah s.‘a.w dan seterusnya berkembang dengan ijtihad sebilangan para sahabat dan fuqaha’ berikutnya pada zaman tabi‘in dan atba’ tabi‘in. Justeru itu, perlu dikenali terlebih dahulu generasi awal yang menjadi perintis perkembangannya.

Ensiklopedia ini dijangka dan dirancang, insya’ Allah, untuk diterbitkan di dalam tujuh jilid seperti berikut:

1. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Zaman Sahabat, Tabi‘in dan Atba’ Tabi‘in (Jilid I)
2. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Negara-negara Islam (Jilid II)
3. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Negara-negara Islam (Jilid III)
4. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Negara-negara Islam (Jilid IV)
5. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Negara-negara Islam (Jilid V)
6. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Nusantara (Jilid VI)
7. Ensiklopedia Fuqaha’ – Fuqaha’ Mazhab Shafi‘i Nusantara (Jilid VII).

Akhirnya, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penerbit, Intel Multimedia and Publication - yang telah mengambil langkah utama menerbitkan karya ini.

Semoga usaha kecil ini akan dapat memberi manfaat kepada generasi kini dalam menimba ilmu dan mencari pengalaman agar mereka mampu berdaya saing dalam globalisasi dunia hari ini.

Wa ma taufiqi illa bilLah!


Dr. Haji Mat Saad bin Abdul Rahman
Mantan Fellow Kanan
Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Spesifikasi Buku
Saiz: 17 x 24cm
Bil Halaman: xiv + 154
No ISBN: 978-983-2417-39-2
Harga: RM15.00

Tuesday, June 10, 2008

RISALAH AHKAM


RISALAH AHKAM
Penulis: Mohd Saleh Hj. Md @ Haji Ahmad

Kandungan buku ini sarat dengan hukum-hakam Islam, dibahagikan kepada empat klasifikasi, iaitu:
i. Kehakiman Islam, menyentuh mengenai kelayakan hakim (qadi) menurut Islam, pengaruh budaya dalam menentukan kredibiliti qadi, al-bayyinah dan beban pembuktian, isu-isu mengenai tahkim dalam penyelesaian syiqaq, dan konsep al-yamin.
ii. Metodologi Hukum, menyentuh mengenai peranan ijtihad, ‘urf dan adat semasa, penggunaan taqlid dan talfiq dalam fatwa, dan khilaf ulama dalam hukum fiqh
iii. Muamalat Islam, menyentuh mengenai penghayatan sistem mu’amalat Islam, mu’amalat maliyyah serta konsep dan etika perniagaan menurut Islam
iv. Ibadat/Umum, menyentuh mengenai konsep penentuan waktu-waktu solat, penentuan hukum syara’ dalam taksiran zakat perniagaan, zakat hutang, rukhsah dalam ibadat serta kesaksian dalam perkahwinan


Buku ini ditulis oleh seorang tokoh yang berpengalaman luas serta pakar dalam bidangnya. Ia sesuai untuk bacaan ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai tadbir agama Islam, pendaftar-pendaftar mahkamah (nikah, cerai dan rujuk) serta pelajar-pelajar universiti.


Spesifikasi Buku:
Bilangan Muka Surat : vii + 344 hal.
Saiz : 17.5cm x 24 cm
ISBN : 983-2417-25-2
Harga : RM30.00 (K/Nipis) / RM40.00 (K/Tebal)

TINTA & MINDA


TINTA & MINDA
ABDUL GHANI SAMSUDIN:
Mengenai Islam, Ulama & Umara

Buku ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan serta input bagi memperbaki mana-mana kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat kita dewasa ini. Sudah pasti sebagai seorang ulama, beliau tidak akan merasa selesa untuk bersikap membisu ketika melihat kepincangan-kepincangan berada di persada masyrakat.

Kata Pengantar
ISLAM, ULAMA & UMARA
1. Prasyarat Kepimpinan Gerakan Islam Alaf Baru
2. Peranan Ulama dan Umara Dalam Membangunkan Kecemerlangan Umat
3. Peranan Ulama Dalam Era Globalisasi
4. Menjana Empowerment Ulama: Menggarap Permasalahan Umat

ISLAM & CABARAN SEMASA
1. Bencana Pemikiran Golongan Islam Liberal
2. Gerakan Orientalisme dan Hubungannya Dengan Kristianisasi di Dunia Islam
3. Terrorisme: Antara Pembelaan Nilai-nilai Luhur dan Pemerkosaan Hak Asasi Manusia
4. Konsep Kebebasan Menurut Perspektif Islam
5. Islamophobia: K-Sekular vs K-Islam
6. Islam Asas Perpaduan Ummah: Agenda Bertindak
7. Pembangunan Ekonomi Islam: Perspektif Malaysia

TARBIYAH & DAKWAH
1. Safafiyyah Ruhiyyah dan Reformasi Masyarakat
2. Penulisan dan Etika Penulisan Islam
3. Peranan Ulama dan Institusi Agama Dalam Peningkatan Budaya, Bahasa dan Persuratan Melayu
4. Jawi dan Perkembangan Teknologi Multimedia
5. ICT Pencambah Ilmu Bercapah: Penyebar Khazanah Perpustakaan Ilmu-ilmu Islam
6. Teknologi Maklumat: Antara Penyaluran Ilmu dan Penyebaran Kesesatan

Spesifikasi Buku:
Bil Muka Surat: viii + 235
Saiz: 16.5 x 23.5cm
ISBN: 983-2417-34-1
Harga: RM 25.00

Laman web Ust Ghani:-

Tazkirah Untuk Orang Mengaji



Karya Sonhadji:
Tazkirah Untuk Orang Mengaji


Kata Pengantar

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا المختارمحمد المصطفى صلوات الله وسلامه عليه وعلى آله واصحابه والتابع وتابع التابعين لهم باحسان الى يوم الدين .

Kami ingin menzahirkan rasa syukur ke hadhrat Allah SWT yang telah mengizinkan usaha ini berakhir dengan kebaikan. Tanpa izinNya sudah tentu usaha ini sekalipun murni akan menemui jalan buntu. Kami telah mengambil masa yang agak lama dalam usaha menyiapkan bahan ini. Usaha-usaha pengumpulan manuskrip telah bermula sejak tahun 1997. Pada waktu tersebut salah seorang daripada kami mendapati bahan yang begitu bernilai telah tidak dimenafaatkan dengan sebaiknya. Lantaran itu kami berpandangan ada baiknya bahan-bahan tersebut dihimpun dan dibukukan.

Apabila niat untuk membuat kompilasi timbul,kami telah menemuramah Ustaz Ahmad Sonhadji. Hasilnya sungguh mengejutkan kerana rupanya tulisan beliau telah bermula sejak tahun 1970. Sejauh yang dimaklumkan kepada kami hasil tangan beliau itu tidak pernah diusik oleh sesiapa pun sehingga kini.

Menyedari hakikat bahawa tulisan para ulamak merupakan minda keimanan, maka kami menyahut cabaran bagi menerbitkan khazanah yang begini berharga untuk tatapan para pembaca.

Artikel ini asalnya merupakan Khutbah-khutbah Jumaat, tetapi kami telah mengubahsuaikannya menjadi bahan bacaan biasa yang tidak terikat dengan format sebuah Khutbah Jumaat. Adalah diharapkan ia akan menjadi sebagai Tazkirah Iman. Sempena hasrat tersebut kami namakannya sebagai Tazkirah Orang Mengaji Karya Sonhadji.

Kompilasi ini juga telah melibatkan kerja-kerja penyuntingan. Antara yang terlibat adalah suntingan hadith-hadith yang terdapat dalam siri-siri khutbah tersebut. Kami telah memasukkan hadith-hadith Nabi pada tempat yang disebut secara makna oleh Ustaz Ahmad Sonhadji. Di samping itu, kami juga memberi rujukan terhadap hadith tersebut setakat yang ditemui. Perkara kedua, kami telah memasukkan ayat-ayat al-Quran pada tempat yang disebut secara mafhum oleh Ustaz Ahmad Sonhadji. Ia dilakukan dengan menyebut bilangan ayat dan nama surah. Ketiga, pengubahsuaian pada ayat-ayat yang berulang. Khutbah adalah merupakan salah satu dari media pengucapan awam. Dalam pengucapan awam, perulangan ayat merupakan suatu perkara yang biasa apabila seseorang pengucap mahu membuat penegasan terhadap bahan penyampaiannya. Apabila khutbah ini ditukar kepada bentuk karangan, kami melihat perulangan ayat telah tidak sesuai berlaku.

Keempat, menyatukan bahan-bahan yang berulang. Oleh kerana khutbah ini ditulis dalam tempoh melebihi 10 tahun, terdapat bahan perbincangan yang bertindih dari segi tajuk ataupun isi. Bagi menangani hal ini kami cuba sepadukan antara dua khutbah agar menjadi satu tanpa mencacatkan mesej yang mahu disampaikan dalam khutbah tersebut.

Demikian metod interaksi kami terhadap isi khutbah dan semoga ia dapat dimenafaatkan dengan sebaiknya.

Boleh dikatakan bahawa apa yang terdapat dalam buku ini merupakan sebahagian dari tulisan tangan yang dapat kami temui. Berkemungkinan terdapat banyak lagi bahan berupa tulisan tangan Ustaz Ahmad Sonhadji yang tidak sempat kami temui. Ini sudah tentu membuka ruang kepada individu selepas kami untuk meneruskan perjalanan ini.

Idea Ustaz Ahmad Sonhadji yang disampaikan melalui khutbahnya didapati terikat kepada aliran pemikiran ahli tafsir. Perbincangan-perbincangan yang lebih mirip kepada pendekatan tafsiran ayat-ayat al-Qur'an telah menjadi warna kepada idea beliau berbanding aspek hukum. Bahan-bahan berupa tazkirah hari jumaat ini lebih terikat kepada bahan-bahan pentafsiran al-Quran yang turut disulami dengan Hadith-hadith Rasulullah (s.a.w). Ini bukan suatu perkara yang menghairankan kerana beliau juga adalah ulamak yang telah menghasilkan kompilasi Tafsir al-Quran yang lengkap dengan diberi nama A'br al-Athir. Buku tafsir ini adalah sebuah ulasan lengkap kepada ayat-ayat al-Quran. Ia adalah sebuah ulasan tafsir yang bersifat sederhana dan sesuai dibaca oleh masyarakat awam.

Dalam usaha menyiapkan bahan ini terdapat beberapa kesulitan yang ditempuh termasuk faktor masa dan kewangan. Oleh kerana kami terikat dengan tugasan-tugasan pengajaran, pentadbiran dan konsultasi pelajar, sedikit sebanyak menjadikan usaha kompilasi ini kehilangan tumpuan dan memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Sekalipun kami menghadapi masalah kewangan pada peringkat awal usaha ini dilakukan, namun pada akhirnya masalah ini berjaya diatasi apabila terdapat seorang individu dermawan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan dengan membiayai kos pengangkutan bagi pengumpulan bahan dan temuramah dengan Ustaz Ahmad Sonhadji. Beliau juga telah menaja sebahagian urusan penerbitan buku ini. Kami berterima kasih kepada beliau dan mendoakan kemurahan rezki buatnya seisi keluarga.

Dalam kesempatan ini kami berhasrat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan tenaga bagi menyalin kembali manuskrip ini ke dalam bahasa Melayu. Mereka ialah Rafiah Hussin, Tuan Suhailawani Tuan Ismail, Wan Azhana Wan Salleh, Asmaniza Mamat, Azalina Abd Halim, Azalini Abd Halim, Wan Idaruyani Wan Musa, Rosmalaili Abd Rahman, Juwairiah Mamat, Che Fasihah Che Man, Norhanani Ismail dan Rohaida Abd Rahim. Sumbangan mereka akan dikira sebagai pemberat timbangan amalan kebajikan mereka. Buat mereka semua diucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah memberkati hidup mereka.

Untuk akhirnya, kami juga ingin melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Sonhadji yang telah memberi izin kepada kami menyelongkar bilik bacaan beliau dan seterusnya memberi izin kepada kami menerbitkan hasil tangannya untuk bacaan kita semua. Kepada seluruh ahli keluarga beliau juga dihulurkan ucapan yang serupa. Semoga mereka semua diberkati.

Kepada para pembaca sekalian kami ucapkan selamat membaca. Sebarang sumbang saran amatlah dialukan dan kami menerima segala kekurangan dengan hati yang terbuka.

Sekian, terima kasih,Wassalam.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff
Noor Naemah Abdul Rahman
Mohd Asmadi Yakob
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya



ISI KANDUNGAN

1. Allah S.W.T. Tidak Menjadikan Manusia Dengan Sia-Sia
2. Allah Pencipta Sebenar Langit Dan Bumi
3. Allah S.W.T. Tidak Mengampunkan Dosa Orang Yang Mempersekutukannya
4. Al-Quran Menjadi Penyembuh Rohani Dan Jasmani
5. Apa Yang Di Sisi Allah Lebih Baik Dan Lebih Kekal
6. Bagaimana Tuhan Menghidupkan Orang Mati
7. Baik Sangka Terhadap Allah S.W.T.
8. Balasan Orang Yang Memerangi Allah Dan Rasulnya
9. Banyak Perkara Kerosakan
10. Bekerja Mencari Mata Pencarian
11. Berbelanja Dengan Berjimat
12. Berlindunglah Daripada Tipu Daya Syaitan
13. Bermohon Kepada Allah Dengan Merendah Diri
14. Perniagaan Untuk Akhirat Tidak Merugikan
15. Bersatu-Padulah Kamu Jangan Bercerai-Berai
16. Bukti-Bukti Bagi Kaum Yang Berakal
17. Doa Nabi Ibrahim
18. Dosa-Dosa Yang Terbit Dari Anggota Manusia
19. Dunia Dan Akhirat
20. Firaun Dan Qarun Lambang Orang Yang Takbur
21. Gudang Perbendaharan Allah Penuh Dengan Bahan Berharga
22. Gunanya Taqwa Kepada Allah
23. Harapan Bagi Setiap Muslim
24. Hati Yang Bersemangat Keras Seperti Waja
25. Hidup Beristiqamah
26. Hidup Berjiran
27. Hukum Potong Tangan Bagi Pencuri
28. Iman Yang Sejati
29. Islam Agama Yang Cintakan Kebebasan
30. Isra` Dan Mi‘Raj Merupakan Ujian
31. Jaminan Kebaikan Akhlak Di Dalam Islam
32. Jangan Iri Hati
33. Jangan Takjub Kepada Tutur Kata Orang Munafik
34. Janganlah Menjadi Orang Yang Memecah Belahkan Agamanya.
35. Jauhkan Diri Dari Perbuatan Orang-Orang Munafik
36. Jauhkan Diri Dari Perbuatan Orang-Orang Fasik
37. Jin Dan Manusia Semuanya Akan Disoal
38. Keadaan Manusia Yang Ditimpa Kesusahan
39. Kebaikan Berjimat Cermat Dan Keburukan Orang Yang Boros
40. Kebajikan Di Dunia Dan Akhirat
41. Kecintaan Dan Ikhlas Kepada Allah S.W.T.
42. Kedudukan / Martabat Lelaki Dan Perempuan Adalah Sama
43. Kekalkanlah Amalan Sembahyang
44. Kelebihan Agama Bukan Dengan Angan-Angan
45. Kelebihan Malam Lailatul Qadar
46. Kemanisan Iman
47. Kerosakan Aqidah Menyebabkan Berbagai-Bagai Bencana
48. Keteguhan Rumahtangga
49. Kewajipan Sembahyang Fardhu
50. Kisah Korban Dan Pembunuhan Qabil Terhadap Habil
51. Larangan Berkahwin Dengan Orang-Orang Musyrikin
52. Larangan Bersekedudukan
53. Larangan Mempercayai Sempena Buruk (التشاؤم)
54. Larangan Mempercayai Tukang Tilik Dan Ahli Nujum
55. Makanlah Dari Jenis Yang Baik
56. Manusia : Antara Malaikat Dengan Haiwan
57. Manusia Berasal Dari Satu Umat
58. Martabat Yang Dicapai Oleh Seorang Muslim
59. Memakmurkan Masjid Allah
60. Memakmurkan Muka Bumi
61. Memberi Salam
62. Menjaga Amanah
63. Menjaga Lidah Dan Kelebihan Diam
64. Meminta Izin Ketika Keluar Dari Majlis
65. Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad S.‘A.W.
66. Menganut Semulia-Mulia Agama
67. Menghadapi Saat Kesusahan
68. Menunaikan Zakat Fitrah
69. Menyambut Tahun Baru Hijrah
70. Menunaikan Amanah Dan Menghukum Dengan Adil
71. Nabi Isa A.S Bukanlah Tuhan
72. Nabi Isa A.S Tidak Dibunuh
73. Nabi S.‘A.W. Berbakti Hingga Saat Terakhir
74. Orang-Orang Yang Layak Mendapat Rahmat
75. Pakaian Taqwa Itulah Yang Lebih Baik
76. Panduan Yang Menjadi Pegangan Hidup
77. Pembahagian Allah S.W.T. Yang Berlainan
78. Pencegahan Dan Penyembuhan Mengikut Al-Quran
79. Pendidikan Anak-Anak
80. Pengajaran Kepada Suami Terhadap Isteri Yang Nusyuz
81. Pengembaraan Yang Membawa Kemajuan
82. Penyakit Sosial, Moral Dan Mental
83. Perbandingan Antara Wanita Soleh Dan Ingkar
84. Perhatikanlah Isi Al-Quran
85. Peringatan Nuzul Al-Quran
86. Perintah Mengerjakan Puasa
87. Pertemuan Dua Hari Raya
88. Petunjuk Bagi Seorang Muslim
89. Puasa Menghilangkan Bencana Syahwat Perut
90. Rasulullah Memberi Tunjuk Ajar
91. Seksa Atas Umat Yang Tidak Menerima Seruan
92. Semangat Ingin Berbakti
93. Sembahyang Jamaah Dan Jumaat.
94. Setiap Manusia Mempunyai Pengiring
95. Siapa Yang Dikehendaki Allah S.W.T. Supaya Terpimpin
96. Siapakah Orang Yang Beriman Itu
97. Syiar Agama Hendaklah Dijaga
98. Taatkan Allah S.W.T., Rasul Dan Ketua-Ketua Kaum Muslimin
99. Talaq Itu Hanya Dua Kali
100. Tanda Keimanan, Bersyukur Dan Bersabar
101. Tiada Seorang Pun Berenggang Dengan Siksa
102. Tiada Tuhan Melainkan Allah S.W.T.
103. Tidak Ada Yang Lebih Baik Daripada Celupan Allah S.W.T.
104. Tuhan Memperkenankan Permintaan Orang Yang Berdoa
105. Umur Yang Paling Buruk
106. Utamakan Mendengar Ayat-Ayat Suci



DALAM DAKAPAN MAKKAH DAN MADINAH
(SEBUAH CAATAN PERJALAN)
OLEH:
ABD SHUKUR HARUN

Makkah dan Madinah, dua kota besar yang dikunjungi ini sangat mengesankan, bukan kerana pembangunannya yang rancak, tetapi justeru ia sungguh agung dan istimewa dalam hubungannya dengan perjuangan umat Islam.
Dua kota ini mempunyai sejarah yang panjang dengan pelbagai peristiwa kemanusiaan. Ia adalah monumen sejarah peradaban manusia dari Adam a.s. hingga ke Muhammad s.a.w. Ka’abah di dalamnya adalah simbol perubahan penyembahan manusia dari menyembah berhala kepada menyembah Allah SWT. Makkah sendiri menyimpan nama-nama besar para pejuang agama Tauhid zaman berzaman, dari Ibrahim a.s. membawa kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Madinah dan Masjid Nabawinya penuh dengan keistimewaan dan kekudusannya Ia adalah kota Nabi s.a.w. yang dibina dari keringat dan air mata junjungan. Ia adalah monumen ketakwaan, pengorbanan serta ketahanan jiwa generasi pertama Islam pimpinan Nabi s.a.w.
Semua ciri-ciri inilah, secara sentimental dan penuh pengertian, mendorong saya merakamkan catatan perjalanan di kedua kota suci harum semerbak ini. Ia bukan buku mengenai panduan haji dan umrah, bukan catatan pengembaraan biasa, tidak juga sebuah tulisan ilmiah. Namun, ia hanya sebuah catatan sederhana untuk merakamkan cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. yang kerananya Islam tertegak hingga kini. Di dalam buku kecil ini terungkap pandangan, tafsiran dan emosi penulis ketika berada dalam dakapan dua kota istimewa ini.

Spesifikasi Buku:Bil Muka Surat: ix + 94
Saiz: 14 x 21cm
ISBN: 978-983-2417-36-1
Harga: RM 9.00


Komik Islam Kristian


MENCARI KEBENARAN
(SUATU DIALOG ISLAM-KRISTIAN)

Terdapat dalam dua edisi bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


JUDUL ASAL:
DIALOG MASALAH KETUHANAN JESUS

OLEH:
K.D. BAHAUDIN MUDHARY

ILUSTRASI OLEH:
ROSSEM


Diterbitkan Oleh:
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
No. 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22
Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Diedarkan Oleh:
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP)
Cetakan Pertama: 1419H / 1998M
Cetakan Kedua: 1427H / 2006M
Harga: RM10.00



Kandungan
Kata Pengantar
MALAM PERTAMA..... 1
MALAM KEDUA ..... 7
Ketuhanan Jesus (?)
MALAM KETIGA ..... 29
Ketuhanan Jesus Dalam Bible
MALAM KEEMPAT ..... 47
Isa Penebus Dosa (?)
MALAM KELIMA ..... 59
Dosa Warisan (?)
MALAM KEENAM ..... 73
Kitab al-Quran dan Kitab Bible
MALAM KETUJUH ..... 83
Mengakui Nabi Muhammad s.a.w
MALAM KELAPAN ..... 97
Percanggahan Ayat-ayat Dalam Bible
MALAM KESEMBILAN ..... 113
Masuk Islam


KATA PENGANTAR
Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasulullah Muhammad s.a.w., dan ahli keluarganya.

Balai Kuliah Tasawwur Islami (BAKTI) bersyukur kerana dengan taufik dan hidayah Allah, dapat bekerjasama dengan Persatuan Ulama’ Malaysia untuk menerbitkan semula komik dakwah berjudul “Mencari Kebenaran - Suatu Dialog Islam-Kristian.” Edisi asal buku komik ini diterbitkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) pada tahun 1998, dimana ketika itu saya diberi amanah menerajui pimpinannya.

Adalah diharapkan komik ini secara tidak langsung menjadi salah satu bahan dakwah yang bermanfaat dan sebagai senjata yang berkesan bagi menyanggah dakyah misionari Kristian yang tersebar, sama ada secara sulit atau terang di kalangan masyarakat Islam di negara kita pada masa ini.

Komik yang berbentuk dialog ini mengandungi hujah-hujah yang tepat yang dipetik dari kitab Bible sendiri dalam membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan. Kaedah ini amat bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:

“Jangan kamu berdialog dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik...” (al-Quran, 29: 46)

Kami juga amat berterima kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sumbangan ikhlas bagi membiayai projek penerbitan komik ini. Mudah-mudahan segala sumbangan yang diberikan mendapat keredhaan Allah dan ganjaran sewajarnya.

Haji Ahmad Awang
Naqib Utama
Balai Kuliah Tasawwur Islami (BAKTI)
Simpang Empat Semanggol Perak
Zulhijjah 1427 / Disember 2006





Searching For The Truth A Dialogue Islam - Chirstinity

FOREWORD
All praise is due to Allah. May salawat and salaam be granted to our beloved Prophet Muhammad s.a.w., to his family and to all of his noble companions.
By the grace of Allah S.W.T., Balai Kuliah Tasawwur Islami (BAKTI), with the cooperation of Malaysian Ulama’ Association (PUM), has successfully republished its missionary comic entitled “IN SEARCH OF TRUTH, An Islam-Christianity Dialogue.” The original edition of this comic was first published in 1998 by PUM, whereby I was then entrusted with its headship.

It is hoped that this comic would indirectly serve as a constructive missionary tool and as an effective weapon against the half truths brought by Christian missionaries into the very fabric of our Muslim society today, whether secretly or openly.


This dialogue-based comic contains justifications that are not only accurate, but in fact, quotes directly from the Bible in discussing the many prevalent issues raised. This method is most commendable as Allah S.W.T. mentions in the holy Quran:

“Do not argue with the people of the scripture (Jews and Christians) except in the nicest possible manner…” (al-Quran, 29:46)

We are also most grateful for the support of all parties, and especially to those who have helped finance the project of republishing this comic. May Allah S.W.T. bless you all for the sincere contributions made.


Haji Ahmad Awang
Head Naqib
Balai Kuliah Tasawwur Islami (BAKTI)
Simpang Empat Semanggol Perak
Zulhijjah 1427/December 2006


Isu-isu Gender: Perspektif Ulama’ al-Azhar



Isu-isu Gender: Perspektif Ulama’ al-Azhar

Penulis:
Zulkifli Hj. Mohd Yusoff, Ph.D
Aunur Rafiq, M.A

PERANAN WANITA DALAM PARADIGMA
FEMINISME BARAT DAN TRADISI ISLAM ....... 17
Erti Gender ....... 17
Paradigma Gender ....... 19
Paradigma Fungsionalisme Struktural ....... 20
Paradigma Konflik ....... 24
Wanita dan Penindasan ....... 30
Keadilan Gender Dalam Tradisi Islam ....... 31

SEJARAH PEMIKIRAN GENDER DI MESIR
DAN PERKEMBANGAN AL-AZHAR ....... 81

Perdebatan Gender di Mesir ....... 82
Sejarah al-Azhar ....... 88
Riwayat Hidup Syuyukh ....... 92
A. Muhammad ‘Abduh ....... 92
B. Mahmud Syaltut ....... 96
C. Muhammad al-Ghazali ....... 88
D. Yusuf al-Qaradawi ....... 101

PANDANGAN SYUYUKH AL-AZHAR TENTANG
POLIGAMI, HAK CERAI ISTERI, DAN
KEPIMPINAN RUMAH TANGGA ....... 103

Poligami ....... 105
Hak Cerai Suami dan Isteri ....... 134
Konsep Kepimpinan Keluarga ....... 145

KESIMPULAN ....... 159
A. Poligami ....... 159
B. Hak Cerai Suami dan Isteri ....... 161
C. Kepimpinan Keluarga ....... 161

Bibliografi ....... 163

ISBN: 978-983-2417-47-7
JUMLAH HALAMAN: ix + 170 MUKA SURAT
SAIZ: 14 x 21.5 cm
HARGA: RM15.00


NABI MUHAMMAD S.‘A.W MENURUT RAMALAN KITAB-KITAB AGAMA DUNIA



NABI MUHAMMAD S.‘A.W MENURUT RAMALAN KITAB-KITAB AGAMA DUNIA
Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan
(Ibnu Mazlan al-Jawangi)


BAB 1
SEJARAH AWAL MANUSIA DI MUKA BUMI
- Manusia Berasal Dari Yang Satu
- Perselisihan Agama
- Arah Kiblat Awal Manusia dan Kiblat Akhir Umat Manusia

BAB II
SILSILAH NABI-NABI ALLAH DARI NABI ADAM ‘A.S HINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD S.‘A.W
Silsilah 1: Nabi-nabi Suryani (Babilon - Iraq)
Silsilah 2: Nabi-nabi Semit (Samiyah)
Silsilah 3: Nabi Ibrahim ‘a.s Hingga Kepada Keluarga ‘Imran
- Perbezaan dan Keistimewaan Nama Nabi Yahya ‘a.s dan Nabi Muhammad s.‘a.w


BAB III
NABI MUHAMMAD S.‘A.W MENURUT RAMALAN KITAB AGAMA HINDU
- Nabi Muhammad s.‘a.w Menurut Ramalan
- Kitab-kitab Agama Hindu
- Agama Hindu Bukannya Agama Yang Tertua
- Tamadun Awal Mesopotamia Antara bukti Agama
- Hindu Bukanlah Terawal

BAB IV
NABI MUHAMMAD S.‘A.W MENURUT RAMALAN KITAB AGAMA BUDDHA
- Sejarah Awal Sidhdarta Gautama Buddha
- Kedudukan Buddha Di Sisi Kitab Kecil
- Pemberitaan Buddha Mengenai Kedatangan Nabi Muhammad s.‘a.w

BAB V
NABI MUHAMMAD S.‘A.W MENURUT KITAB AGAMA YAHUDI DAN NASRANI
- Budi Pekerti dan Peribadi Rasulullah s.‘a.w
- Menurut Kidung Agung Nabi Sulaiman ‘a.s

LAMPIRAN
RAHSIA MEKAH MENURUT AL-QUR’AN, HADITH DAN BIBLE
1. Maqam Ibrahim & Kemuliaan Kaabah Di Mekah
2. Kerinduan Kepada Baitullah & Mekah
3. Kelebihan Berada Di Baitullah
- Nama-nama 25 Rasul Allah S.W.T
- Isi Kandungan al-Kitab

ISBN: 978-983-2417-48-3
Saiz: 14 x 21.5cm
Jumlah Halaman: x + 182 muka surat
Harga: 14.00